Saturday 17 March 2012

Memill Si Budak Kampong.

"hmmm..budak kampong?ye ke?x mcm Budak kampong pun!!"

mungkin itulah getus hati anda semua ketika membaca tajuk entry kali ni...kelihatannya jika dipandang dr mata kasar, tidak seperti yg dibaca.tapi benar, saya merupakan seorang kanak2 yg dibesarkn di kampong akibat kesibukan ibu bapa mencari rezki di kota. byk kenangan yg sgt memberi kesan dlm hidup saya. sedari sehari lahir, saya di bawa pulang ke kampun utk dijaga oleh atok dan wan saya. kampung juasseh n9 menyaksikan latar hidup seorang kanak2 yg tak mngerti apa itu dunia.dia dididik dengan sempurna..diberikan kasih syg yg tak terhingga. yg dia tahu ibu dan bapa nya adalah kedua atuk dan neneknya.

teringat lg sewaktu atok bermain gajah bunga raya bersama saya.atok mletakkn sekuntum bunga raya di telinga saya, lalu mnyuruh saya menaiki badannya.siapa gajah?haha!tentulah atok saya....ketika ingin tidur petang, atok akan menceritakn cerita pak belalang pada saya.Ya!cerita lakonan allahyarham P.Ramlee.saya sgt teruja ketika itu.atok pndai bermain dgn watak.=)

di dapor, sejurus sy bgn dr tido, nenek da mnyediakn minum ptg buat sy. pisang goreng cecah gula.my fav! atau sesekali biskut keras dgn air teh.sudah memadai..
sesungguhnya rumah itu penuh dgn kasih sayang...tapi mereka juga tahu mendisiplinkn saya.masih hijau ingatan sy ketika disebat wan kerana mengoyakkn bunga tanamannya.yg sy lakukn ketika itu, merajuk disebalik peti ais sehingga maghrib.tp xde sape pun dtg pujok.haha.sengal.last2 saya yg dtg tido di atas peha wan.

setibanya usia 6 tahun, ibu bapa sy membawa sy ke kuala lumpur...sukar utk menerima knyataan ketika itu...seolah2 berpisah drp ibu bapa sendiri.6 bulan sy trauma...demam...kerana rindukn atok dan wan...semakin hari sy dibesarkn mngikut gaya org bndar...tp jauh di sudut hati...'aku masih budak kampong'.....


**dapor kayu yg byk berjasa memberi aku mkn...=)**

No comments:

Post a Comment