Tuesday 26 July 2011

Andainya Kamu Tahu........



Andainya KAMU tahu.. Apabila DIRI INI jatuh cinta, KAMU tidak semestinya punya segalanya tetapi KAMU itu adalah segalanya di hatinya. Andainya KAMU tahu.. Apabila DIRI iNI mengalirkan air mata, itu bukan bermakna DIRI INI lemah, tetapi sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai KAMU. Andainya KAMU tahu.. Apabila DIRI INI marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi KAMU. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya KAMU tahu.. Apabila DIRI INI bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat KAMU rimas, tapi dia mahu KAMU mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya KAMU tahu.. Apabila DIRI INI berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Nalurinya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat DIRI INI rasa dihargai. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu KAMU merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI mengatakan org lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun DIRI INI menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hatinya itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai KAMU tahu.. Apabila DIRI INI berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. DIRI INI sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai KAMU tahu.. Sememangnya Allah menciptakan setiap org itu perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.…….DIRI INI amat merindukan KAMU……….

1 comment:

  1. sgt LIKE!!!!! sgt setuju! andai dia juge tahu...

    ReplyDelete